- Mengetahui konsep solat jamak dan qasar
- Mempelajari panduan solat jamak dan qasar
- Mengenalpasti syarat-syarat untuk melakukan solat jamak dan qasar
- Lecture 4: Niat solat jamak dan qasar beserta hikmah
- Hikmah melaksanakan solat jamak dan qasar
- Gabungan video pengetahuan solat jamak dan qasar
- Video promosi tentang pengetahuan solat jamak dan qasar
- Pengetahuan solat jamak dan qasar
- solat jamak dan qasar
- Penutup
What you'll learn
- Hikmah disebalik solat jamak dan qasar
- Mengenalpasti syarat- syarat untuk melakukan solat jamak dan qasar
- Mempelajari panduan solat Jamak dan Qasar
- Mengetahui konsep solat jamak dan qasar
Description
Apabila kita bermusafir lebih daripada dua marhalah, kita diberi kelonggaran untuk menjamak (menghimpun) dan mengqasar (memendekkan solat ) solat. Oleh itu, para penonton dapat mempelajari beberapa elemen daripada video ini anrataranya:
1)Konsep solat Jamak dan qasar.
2)Panduan solat jamak dan qasar.
3)Syarat-syarat untuk melakukan solat jamak dan qasar.
4) Hikmah adanya solat jamak dan qasar.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, kami daripada kumpulan 8 ingin membentangkan tajuk yang kami pilih iaitu pembahagian solat jamak dan qasar dalam kursus metodologi dan dakwah kod CDA20403 yang disyrah oleh Prof. Madya Dr. Muhamad Fazil Bin Ahmad.
Kumpulan kami terdiri daripada 13 ahli, yang diketuai oleh saya iaitu Mohammad Syafiq bin Nasaruddin, no matrik, 068299. Peranan saya ialah
1. Memimpin dan menjadi penggerak dlm tugasan ini.
2. Membuat pengagihan tugas kepada semua ahli kumpulan.
3. Sebagai jurucakap pada bahagian pengenalan, pembahagian solat jamak dan kesimpulan.
Dan ahli-ahli yang lain iaitu: (SLIDE MAINKN NAMA-NAMA AHLI).
Seterusnya kita masuk kepada pengertian solat jamak dan qasar
Solat jamak ialah mengumpulkan dua solat dalam satu waktu, contohnya mengumpulkan waktu zohor kepada asar atau asar kepada zohor, maghrib kepada isyak atau isyak kepada maghrib.
Manakala solat qasar ialah memendekkan solat daripada 4 rakaat menjadi 2 rakaat. Solat yang boleh dipendekkan menjadi 2 rakaat ialah solat zuhur, asar dan isyak. Solat jamak atau solat qasar diharuskan kepada sesiapa yang musafir lebih daripada 2 marhalah (60 batu) atau lebih 90 KM.
Seterusnya kita masuk kepada pembahagian solat jamak. Ianya terbahagi kepada 2 iaitu jamak taqdim dan jamak takhir.
Jamak Taqdim ialah melakukan solat jamak pada waktu yang awal iaitu waktu zuhur dan maghrib. Contohnya solat zuhur dijamakkan dengan asar pada waktu zuhur, solat maghrib dan isyak pada waktu maghrib.
Jamak Takhir ialah melakukan solat jamak pada waktu yang akhir iaitu asar dan isyak. Contohnya melaksanakan solat zuhur dan asar pada waktu asar manakala solat maghrib dan isyak pada waktu isyak.
Kesimpulannya solat jamak dan qasar adalah tanda kasih sayang Allah SWT kepada umat nabi Muhammad SAW manakala ia juga memberikan keringanan kepada umat islam untuk menunaikan solat fardhu ketika dalam perjalanan atau musafir. Jadi tidak ada alasanlah kepada kita untuk tidak menunaikan solat fardhu yang wajib ini.
Other Courses
Intro To Online Investing With Technical Strategies
An in depth discussion on the visual approach to earning income online through the financial markets
Geology: Basic Principles of Geochemistry
Geochemistry for geology and engineering students!
Digital Marketing FAQs - Common Digital Marketing Questions
I answer a number of common questions that have been asking about Digital Marketing over years of teaching
About the instructors
- 4.5 Calificación
- 7 Estudiantes
- 1 Cursos
Mohammad syafiq bin nasaruddin
Pengetahuan tentang solat jamak dan qasar
Solat jamak dan qasar adalah suatu keringanan yang diberi oleh Allah SWT kepada hamba-Nya bagi orang musafir dengan jarak melebihi dua marhalah.
SYARAT-SYARAT PERJALANAN YANG DIHARUSKAN SOLAT JAMA’ & QASAR
Perjalanan yang jaraknya 81 km dan lebih.
Perjalanan yang tentu tujuannya (bukan merayau).
Perjalanan yang tidak bertujuan maksiat.
Tidak diambil kira perjalanan untuk berniaga arak, mengamal riba atau menyamun.